August 2022
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 28 Julai 2022 – Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sesi 2022/2023 menutup tirai dengan berlangsungnya  Majlis Penutupan MPPB sesi 2022/2023 pada 28 Julai 2022. Dalam Majlis tersebut, sijil penghargaan diberikan kepada Ketua Sukarelawan, Surat Lantikan kepada Coach yang akan mengendalikan Program MEPro  dan bacaan Ikrar Pelajar oleh wakil pelajar.  Pelajar akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Ogos 2022.

 

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 20 Julai 2022- Perasmian dan Penutupan Mini Konvensyen RnD KMPP telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah Tuan Jamal Mohamad Hashim bin Adenan. Dalam ucapannya, beliau melahirkan harapan daripada pengurusan agar pensyarah lebih aktif melibatkan diri dalam bidang penyelidikan.   

Objektif Mini Konvensyen RnD KMPP adalah ke arah  memperkukuhkan kefahaman pensyarah terhadap penyelidikan. Konvensyen ini juga adalah sebagai platform untuk membolehkan pensyarah berkongsi idea dan seterusnya mempertingkatkan kualiti dan amalan  pengajaran dan pembelajaran.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 25 Julai 2022- Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sesi 2022/2023 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah bermula dengan sesi pendaftaran pelajar baharu pada Isnin, 25 Julai 2022 seawal jam 8 pagi. Waris dan pelajar disambut meriah oleh semua warga KMPP. Taklimat waris yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah KMPP diadakan di Dewan Al-Farabi dan turut ditayangkan dari kemah waris di Dataran Pelajar.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS,  3 JUN 2022- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berbesar hati kerana terpilih untuk berkongsi amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi KPM.  Bahagian Matrikulasi KPM dan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang bekerjasama untuk menganjurkan  Bengkel Kerja Towards Top Notch College  pada 1 hingga 3 Jun 2022, bertempat di Hotel Park Avenue Sg Petani, Kedah. 

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 27 MEI 2022- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)  telah menerima kunjungan dari kumpulan pensyarah akademik dari Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) dalam satu  Lawatan Penanda Aras Akademik pada Jumaat, 27 Mei 2022. Semasa sesi kunjungan ringas itu kedua belah pihak kolej mengadakan  perbincangan dari segi akademik, pengurusan dan infrastruktur yg sedia ada sbg penanda aras dlm membuat penambahbaikan di KMPh. 

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 14 Mei 2022 – Majlis Apresiasi PSPM I Sesi 2021/2022 peringkat kolej diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan semester satu  yang lalu.  Seramai 712 orang pelajar KMPP yang memperolehi PNGS 4.0 iaitu 571 orang pelajar dari Sistem Dua Semester (SDS) dan 141 orang pelajar dari Sistem Empat Semester (SES).  Namun begitu hanya pelajar SDS dapat diraikan dalam majlis tersebut secara bersemuka kerana pelajar SES  masih mengikuti sesi pembelajaran secara PDPR. Satu pautan khas menerusi aplikasi Youtube  disediakan kepada pelajar SES yang memperolehi PNGS 4.0. 

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 13 Mei 2022-  Sambutan Aidilfitri di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang disambut meriah dalam Majlis Silang Budaya yang diadakan pada petang Jumaat, 13 Mei 2022.  Pelbagai juadah disediakan  untuk semua semua warga KMPP. Para pelajar kelihatan ceria dan teruja meraikan sambutan Aidilfitri itu. Namun begitu KMPP tetap menekankan penjagaan kendiri untuk mengelakkan sebarang penularan wabak Covid-19. 

....
 

Page 1 of 44

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Video Korporat KMPP

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 25 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   Home
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.