Bengkel Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh

webRCJet01

3 Ogos 2023 – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan kerjasama PPD Langkawi, Kedah telah menganjurkan Bengkel Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh (RC Jet) yang bertempat di Pusat Sumber KMPP. Bengkel yang melibatkan 5 Kolej Matrikulasi, 2 Kolej MARA dan sebuah sekolah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Zon Utara berkenaan syarat serta peraturan pertandingan RC Jet di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 13-14 Oktober sempena Karnival Sains Matrikulasi 2023 (MASCAR 2023).

Objektif Bengkel Inovasi RC Jet ini dianjurkan adalah untuk memantapkan kemahiran dan ilmu pengetahuan pelajar berkenaan pembinaan dan mereka cipta kapal terbang kawalan jauh (RC Jet), menggalakkan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis di samping meningkatkan kemahiran pengendalian RC Jet secara aerobatic dan memberi pendedahan berkaitan syarat-syarat pertandingan RC Jet. Pelaksanaan bengkel ini dibantu oleh 5 orang fasilitator berpengalaman yang diketuai oleh En. Ronizam Sairizal bin Mohamad Sani, Timbalan Pengarah Pembangunan Murid, PPD Langkawi, Kedah.

Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya di mana di akhir bengkel, para peserta dari setiap kolej/sekolah telah berjaya mereka, membina dan menerbangkan kapal terbang masing-masing. Pengujian kapal terbang (jet) telah dijalankan di Dataran Pelajar dengan bantuan jurulatih.

WebRCJet01
WebRCJet02
WebRCJet03
WebRCJet04

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account