Majlis Apresiasi PSPM I & III Sesi 2023/2024

pic1

Pada 8 Mac 2024, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Apresiasi PSPM I & III Sesi 2023/2024 bertempat di Dewan Al-Farabi KMPP. Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Pengarah KMPP iaitu Pn Asiah binti Mat. Majlis ini merupakan suatu majlis yang dijalankan pada peringkat kolej yang bertujuan memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka dalam PSPM I dan III sesi 2023/2024. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik iaitu 4.0. Dengan adanya majlis seperti ini, kolej berharap dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar dan sekaligus optimis untuk lebih cemerlang dalam meneroka bidang ilmu dan peluang pekerjaan. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang menerima pengiktirafan tersebut dan berharap pengiktirafan yang diberikan ini sebagai bukti kepada komuniti kolej, rakan-rakan dan masyarakat pada masa akan datang bahawa mereka ini selayaknya menerima pengiktirafan tersebut atas kecemerlangan dan seterusnya meneruskan kecemerlangan tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga KMPP khususnya para pensyarah yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk memperkasakan bidang yang dipertanggungjawabkan. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan KMPP atas segala kerjasama dan sokongan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di KMPP. Tahniah atas kejayaan ini, semoga Allah SWT akan membalas segala jasa dan usaha yang dicurahkan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.

pic6.png  pic9

   pic10

pic8  pic7

pic4

pic5

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account