BENGKEL PELAKSANAAN KAJIAN ASAS

PIC1

Jawatan Kuasa RnD KMPP telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Kajian Asas pada 5 hb Mac 2024. Bengkel ini bertujuan  untuk menggerakkan perkembangan dan kemajuan intelektual di kalangan pensyarah KMPP. Seterusnya mempertingkatkan penglibatan pensyarah dalam aktiviti kesarjanaan selaras dengan saranan daripada Bahagian Matrikulasi KPM. Berasaskan hasrat ke arah memperkasakan kerjasama antara institut dan perkongsian kepakaran dalam biadang RnD.  JK RnD KMPP telah menjemput Dr Muhammad Aiman Bin Ismail Penolong ketua Jabatan  Bahasa IPGMK Sultan Abdul Halim sebagai penceramah. Bengkel ini  dilaksanakan selama satu hari dan  disertai oleh  Timbalan Pengarah KMPP Dr  Norhisham binti Abdul Razak dan Puan Ifrizamunirah binti Ibrim @ Ibrahim Ketua Jabatan Sains serta  40 orang pensyarah dari pelbagai unit.

PIC2   PIC3   PIC4

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account