
Majlis APC Tahun 2022
4 Julai 2023 - Anugerah Perkidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang diadakan di Dewan AL-Farabi, KMPP. Seramai 26 orang pensyarah dan staf sokongan yang menerima anugerah tersebut. Pengarah KMPP, Tuan Suhaimi bin Saidin telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua penerima anugerah.