PRD C.A.R.E

prd care1 web

30 November 2023 – PROGRAM PRD C.A.R.E : Mandala Coloring Therapy, Origami Therapy telah dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kaunseling bertempat di Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang dijalankan dari 28 sehingga 30 November 2023. Program ini bertujuan memberi terapi mendepani stress menjelang PSPM yang akan tiba tidak lama lagi disamping menyemai kepentingan kesihatan mental. Walaupun program ini lebih memberi fokus kepada pelajar, tetapi program ini turut mendapat sambutan para pensyarah dan juga staf-staf lain. Terdapat 2 jenis terapi yang ditawarkan iaitu Terapi Mewarna Mandala yang di kendalikan oleh Pn Wan Nor Ashikin dan Terapi Origami yang di kendalikan oleh Pn Faziha Diana. Sementara itu, Pn Asiah Binti Mat, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berharap agar semua peserta yang menyertai program ini mendapat kebaikkan, rasa tenang dan lebih bersemangat untuk berjaya dalam  PSPM ini.

Prd Care1 Web
Prd Care2 Web
Prd Care3 Web

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account