
26 Februari 2023 - Kelab Teknologi Hijau KMPP telah melibatkan diri dalam Program Sustainable Of Mangrove Ecosystem (SOME) tajaan Japan Malaysia Association dan Universiti Sains Malaysia. Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah di Tiram, Sungai Merbok.
Seramai 2 orang pensyarah Kelab Teknologi Hijau KMPP dan 38 orang pelajar terlibat dalam penanaman anak paya bakau. Operasi menanam 400 anak pokok bakau di Sungai Merbok akan memanfaatkan ekosistem dari segi mewujudkan semula kawasan pembiakan hidupan laut seperti ikan, udang dan ketam di samping mencegah hakisan sungai, menapis udara serta menyejukkan kawasan untuk jangka masa panjang