12 Mac 2023-Simposium Peer Assisted Learning (PAL) Matrikulasi BMKPM telah dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mac 2023 di Kolej Matrikulasi Perak.
Sebanyak 15 Kolej Matrikulasi termasuk Kolej Matrikulasi Mara telah mengambil bahagian. Kategori yang telah dipertandingkan ialah Pembentangan Kategori Pedagogi, Pertandingan Pembentangan Poster oleh Pengerusi PAL Kolej dan Pertandingan Promosi Tik Tok. KMPP telah turut serta dalam simposium ini dan berjaya memperolehi 11 anugerah iaitu 3 Emas, 4 Perak dan 4 Gangsa.