SERDANG,18 Februari 2023- Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi 2023 (PIITRAM 2023) telah diadakan selama 2 hari pada 17 dan 18 Februari bertempat di Pusat Asasi Pertanian. Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah UPM.
PIITRAM 2023 yang berlangsung melibatkan 4 kategori pertandingan iaitu kategori pelajar, ahli akademik dan pentadbir. Pertandingan ini melibatkan 242 kumpulan daripada universiti awam, sekolah dan kolej matrikulasi.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) diwakili oleh dua kumpulan inovasi iaitu satu kumpulan inovasi pensyarah daripada Unit Biologi dengan projek ChromOLeaf dan satu kumpulan pelajar dengan projek Self-watering Plant.
Kumpulan pensyarah berjaya merangkul pingat emas dan anugerah The Most Innovative Project kategori ahli akademik manakala kumpulan pelajar yang dimbimbing oleh Dr Hidayatul Illah pula berjaya memperolehi pingat perak.