Bengkel Pelaksanaan Kajian Asas dan Kajian Tindakan

16 Februari 2023- Jawatan Kuasa RnD KMPP telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Kajian Asas dan Kajian Tindakan pada 16 Februari 2023. Tujuan utama adalah untuk menggerakkan perkembangan dan kemajuan intelektual di kalangan pensyarah KMPP.

Penyelaras Jawatankuasa RnD, Dr Lim Seng Poh telah menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan aktiviti kesarjanaan dan KPI tahun 2023 seperti yang ditetapkan oleh BMKPM. Berasaskan hasrat ke arah perkongsian kepakaran dan pengetahuan dalam bidang RnD,  tiga orang pensyarah kanan iaitu  Dr. Satirah binti Ahmad, Dr. Ahmad Sharani Bin Abdul Seliban dan En. Amir bin Mohamad dari IPG kampus Sultan Abdul Halim telah dijemput sebagai penceramah dan fasiliator dalam bengkel ini. Bengkel yang dilaksanakan selama satu hari ini telah disertai oleh seramai 45 orang pensyarah dari pelbagai unit.

Rnd Ahmad
Rnd Satirah
Rnd Amir

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account