Bual Bicara Student Teacher Expert - Stem

bualbicarastem1

KEPALA BATAS, 17 SEPTEMBER 2021 - Pentas Alumni KMPP membawakan Program Bual Bicara STE STEM yang diadakan pada Jumaat, 17 September 2021 yang berjaya menarik minat lebih 3 ribu penonton yang mengikuti secara langsung di Platform Youtube dan media FB selama hampir 2 jam bersiaran. Program yang julung kali diadakan adalah dibawah seliaan Tn Hj Noorhisam bin Samsuddin, Ketua Jabatan Sains KMPP dan diselaraskan oleh En Nassry Asmady bin Abu Bakar. 

Program ini digarapkan menerusi inisiatif Student Teacher Expert (STE) yang membariskan bekas pelajar (Alumni) KMPP iaitu Ts.Dr. Mohd Hamzah Mohd Nasir (Alumni KMPP 01/02),pensyarah kanan Bioteknologi di UIAM, ChM.Dr. Yvonne Choo Siew Liam (Alumni KMPP 2010 /11),pensyarah kanan Kimia di Xiamen University Of Malaysia dan Tuan Muhammad Iddin Syah (Alumni KMPP 2011/12) pemilik rangkaian kosmetik terkemuka ESW. Moderator yang di jemput khas bagi menjayakan program ini ialah Saudara Abu Mamu, pemilik Laparpo Production.

Sepanjang program berlangsung para panel telah berkongsi kepakaran masing masing di dalam bidang STEM dan penonton bertuah juga telah berjaya memenangi Hadiah wang tunai sehingga RM300 dan 30 helai T-shirt eksklusif KMPP turut berjaya dimenangi. Semoga program ini berjaya mencapai objektif dan hasrat Program Matrikulasi dalam melahirkan lebih ramai pelajar yang terlibat secara langsung dalam aktiviti STEM di masa akan datang.

 

 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account