Sumbangan Buah Ke Hospital Kepala Batas

sumbanganbuah

KEPALA BATAS , 16 JULAI 2021- Syukur Alhamdulillah, penyerahan buah hasil sumbangan orang ramai telah disempurnakan oleh wakil Rumah Ngaji Pulau Pinang pada pagi  Jumaat 16 Julai 2021 bertempat di Hospital Kepala Batas.  Sebagai tanda sokongan dengan aktivti kemasyarakatan ini,  Rumah Ngaji KMPP turut hadir dalam majlis penyerahan ini, yang mana ia dihadiri oleh Tuan Timbalan Pengarah KMPP   iaitu Tuan Jamal Mohamad Hashim bin Adenan dan Puan Hazaini Mohd Zainal Abidin selaku  penyelaras Rumah Ngaji KMPP.

 Ini merupakan sumbangan terakhir kepada pihak hospital setelah 5 minggu berturut-turut sumbangan seperti ini diadakan bermula 18 Jun 2021.  Objektif utama aktiviti ini ialah untuk mengeratkan hubungan, menunjukkan kebersamaan masyakat kepada barisan hadapan dan  seterusnya berkongsi rezeki.  InsyaAllah usaha murni ini akan diteruskan lagi dengan pengisian yang lain pula.  Rumah Ngaji KMPP juga akan bekerjasama dengan unit Pentadbiran Hospital Kepala Batas (HKB)  untuk mewujudkan Rumah Ngaji HKB dengan pengisian yang berguna kepada warga Hospital Kepala Batas.

Buah naga, buah jambu,

Antara buah yang dipilih,

Bukan kata depa tak mampu,

Tapi nak tunjuk rasa kasih

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account