Pertandingan Dronatrix-Virtual Challenge 2021

KEPALA BATAS, 20 SEPTEMBER 2021- Satu pertandingan dron yang dinamakan Dronatrix Virtual Challenge 2021 buat julung kalinya diadakan secara maya pada 18-19 September 2021. Ia merupakan penganjuran antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) dan Kolej Matrikulasi Sarawak (KMSw).

Seramai 33 orang peserta dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah mengambil bahagian dalam pertandingan sesi Qualifying yang  diadakan pada 30 Ogos sehingga 15 September. Lanjutan daripada itu seramai 9 orang pelajar KMPP telah terpilih untuk mara diperingkat  Final Knockout  pada 18 dan 19 September 2021 secara live melalui FB Kolej Matrikulasi Sarawak. Dalam pertandingan itu KMPP telah memenangi Johan Kategori perempuan menerusi Liew Yan Jun. Manakala tempat ke-tiga kategori berpasukan perempuan diperolehi menerusi Liew Yan Jun, Trisyaini a/p Amareson dan Nur Atihrah binti Hasriman.

dronatrix

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account