Bicara Inspirasi DRJ Bersama Pelajar KMPP

KEPALA BATAS, 7 DISEMBER 2021 – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi bin Jidin ke sesi Bicara Inspirasi DRJ Bersama Pelajar KMPP pada Selasa, 7 Disember 2021. Datuk Dr. Mohd Radzi bin Jidin telah meluangkan masa selama dua jam untuk berkongsi aspirasi kementerian dan menyelitkan motivasi kepada pelajar-pelajar KMPP yang akan menduduki Peperiksaan Semester 1 bermula 9 Disember ini. Pelajar KMPP juga turut diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka berkaitan kebajikan serta masalah mereka sebagai pelajar matrikulasi  kepada Datuk Dr. Radzi Jidin. Pihak KMPP amat berterima kasih terhadap keprihatinan Datuk Dr. Radzi dan pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia yang sudi berkunjung ke KMPP.

bicarainspirasi

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account