Kejayaan Koperasi KMPP

KEPALA BATAS, 6 DISEMBER 2021 – Koperasi Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Berhad mencatatkan kejayaan cemerlang kerana terpilih berada di kedudukan ke-15 iaitu 20 kedudukan teratas bagi kategori Koperasi Perolehan Tertinggi Tahun 2020 bagi negeri Pulau Pinang. Hadir di majlis itu, Puan Hartini Saidin mewakili pihak Koperasi KMPP menerima Sijil Anugerah Koperasi Perolehan Tertinggi Negeri Pulau Pinang 2020 daripada YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman dalam Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Pulau Pinang 2021 yang berlangsung di Hotel The Light, Seberang Jaya Pulau Pinang pada 6 Disember 2021.

koperasi1

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account