e-Karnival Pendidikan & Kerjaya

KEPALA BATAS, 21 DISEMBER 2021. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang melalui Unit Kaunseling dan Kerjaya telah berjaya menjalankan Program e-Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Tahun 2021 pada 20 hingga 21 Disember lepas. Sememangnya program ini dijalankan pada setiap tahun cuma pada masa kini negara kita diuji dengan pendemik Covid-19. Walau bagaimanapun, pihak Unit Kaunseling dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Pulau Pinang cuba sebaik mungkin untuk memberi yang terbaik kepada semua pelajar kolej ini dengan menjalankan program tersebut secara dalam talian  sepenuhnya. 

e karnivalpendidikankmpp1

Program e-karnival Pendidikan dan Kerjaya ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar  mengenai pelbagai bidang kerjaya terutamanya peluang menyambung belajar ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam dan universiti swasta tempatan di negara kita. Diharapkan pelajar mempunyai pengetahuan mengenai jurusan, jenis, suasana, dan maklumat peluang kerjaya dan pendidikan yang boleh diterokai oleh pelajar untuk disesuaikan minat dengan diri mereka.  Dengan ini, para pelajar sudah boleh menyiapkan diri mereka sejak di KMPP lagi untuk menceburi pekerjaan yang mereka minati bersesuaian dengan minat kerjaya masing-masing. Program ini juga dapat memberikan peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil-wakil pihak Universiti Awam, Universiti Swasta, serta agensi luar bagi mendapatkan maklumat yang jelas mengenai maklumat untuk mereka menyambung pelajaran dalam jurusan yang diminati. Diharap program ini dapat memberi menfaat kepada semua pelajar KMPP. Terima kasih kepada semua universiti yang bersama dalam program ini dan tidak lupa kepada tim pelaksana dari Unit ICT KMPP  dalam menjayakan Program e-Karnival Pendidikan dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tahun 2021. Bersemangat dan cemerlang walau di mana kita berada……

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account