Semarakkan Budaya RND KMPP

IMG01 Rnd2022

KEPALA BATAS, 17 FEBRUARI 2022 – Bertunjangkan hasrat “Semarakkan Budaya R&D KMPP.” Jawatankuasa R&D, KMPP telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Kajian Asas dan Kajian Tindakan secara atas talian.

Ketua Jabatan Sains, Tuan Haji Noorhisam Bin Samsuddin telah memberikan ucapan penutupan  bengkel ini. Dalam ucapan penutupan, beliau telah menyampaikan harapan pihak pengurusan agar R&D KMPP dapat  memperkasakan kecemerlangan.

rnd1

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah berkenaan konsep dan kaedah pelaksanaan kajian asas dan kajian tindakan serta langkah penyediaan proposal bagi bakal kajian yang akan dijalankan. Malahan dapat memperhebatkan aktiviti kesarjanaan serta dapat meningkatkan profesionalisme pendidik dalam bidang Pendidikan. Dua orang pensyarah kanan KMPP, Dr Salwati Yaakub dan Dr Asiahwati Bt Awi telah dijemput sebagai penceramah bengkel ini dan  65 orang pensyarah dari pelbagai unit telah menyertai bengkel ini. 

 

rnd1

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account