Earth Hour @ KMPP

earthhourweb1
KEPALA BATAS, 26 Mac 2022-  Jawatan Kuasa Teknologi Hijau KMPP telah menganjurkan Program Earth Hour peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sebagai tanda sokongan kepada kempen kesedaran perubahan iklim dan pemanasan global yang disambut di seluruh dunia pada 26 Mac 2022, selama 60 minit bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam. Sambutan itu dilaksanakan di bangunan kediaman pelajar dan Dataran Pelajar.

Dalam sambutan kempen tersebut semua pelajar  mematikan suiz lampu di bilik kediaman asrama tepat jam 8.30 malam seterusnya menyalakan flashlight telefon pintar masing-masing. Kempen kesedaran mengenai kenapa program Earth Hour itu dilaksanakan turut disebarkan menerusi poster digital dan ditularkan dikalangan pelajar.

Earthhourweb1
Earthhourweb3
Earthhourweb2
Earthhourweb4
 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account