PERATURAN YANG PERLU PELAJAR PATUHI SEPANJANG PKP

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR
SESI 2020 / 2021
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG
PERATURAN YANG PERLU PELAJAR PATUHI SEPANJANG PKP
(13 JANUARI 2021 HINGGA 26 JANUARI 2021)

1. Pematuhan SOP yang ketat.

Semua pelajar perlu mematuhi SOP.
Perkara terkandung di Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 7 Tahun 2020 iaitu mengamalkan penjarakan fizikal (sekurang–kurang 1 meter antara individu) cuci tangan, pakai pelitup muka, tidak bersalaman, jauhi tempat sesak dan sempit.
2. Semua pelajar tidak boleh menerima pelawat dan pelawat tidak dibenarkan datang ke KMPP atas sebarang urusan.
3. Tempahan makanan daripada luar tidak dibenarkan.
4. Pelajar tidak dibenarkan keluar bermalam.
5. Aktiviti sukan secara berkumpulan tidak dibenarkan.
6. Aktiviti keagamaan di surau perlulah mengikut arahan dan garis panduan daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang

Solat Jemaah hanya boleh dihadiri seramai 5 orang sahaja.
Solat Jumaat hanya boleh dihadiri seramai 15 orang sahaja termasuk imam.
*Jawatankuasa akan ditubuhkan
7. Perpustakaan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja dengan pematuhan SOP yang ketat.
8. Kafeteria beroperasi sehingga 11 malam dengan pematuhan SOP yang ketat.
9. Pada 18 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021, pembelajaran dan pengajaran adalah melalui atas talian sahaja. Kelas amali sains akan dilaksanakan secara bersemuka.
10. Masalah kesihatan pelajar

Perkhidmatan penghantaran pelajar ke klinik disediakan.
11. Pelajar dibenarkan untuk menggunakan premis di dalam kolej untuk tujuan pembelajaran atas talian sehingga jam 11.00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat.

Kerjasama pelajar amat diperlukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Daripada :
Pengarah
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
#kitajagakita

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account