PERHIMPUNAN STAF BULAN SEPTEMBER

KEPALA BATAS, 25 SEPTEMBER 2020- Perhimpunan Bulanan Pensyarah dan Staf KMPP diteruskan lagi bagi bulan September 2020 di Dewan Dewan Al-Farabi. Pada Perhimpunan kali ini, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Pengarah KMPP menekankan mengenai integriti pensyarah. 

Selain itu, para pemenang Pertandingan PdP Inovasi Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Selangor telah diraikan dengan majlis penyampaian hadiah dan sijil. Selain itu, Kelab Kebajikan dan Sosial Staf KMPP membuat kejutan istimewa buat Tuan Pengarah yang dihormati sempena ulang tahun kelahiran beliau.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account