Kursus Pembimbing Program Peer Assisted Learning (PAL)

KEPALA BATAS, 28 SEPTEMBER 2020- Kursus Pembimbing Program Peer Assisted Learning (PAL) dilaksanakan secara serentak di semua  Kolej Matikulasi KPM berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program Latihan Secara Bersemuka Semasa Pandemik Covid-19. Kursus  ini melibatkan 100 orang pelajar serta 20 orang urusetia Jawatankuasa PAL.

 Aktiviti PAL merupakan sesi perkongsian ilmu yang dijalankan secara tidak formal dan santai di mana pelajar berbincang dan saling membantu dalam memahami sesuatu konsep dan topik pelajaran. Pembimbing PAL merupakan sekumpulan pelajar yang membantu pelajar- pelajar lain secara sukarela.  justeru, program tiga hari ini diharap dapat melatih pembimbing PAL ini  dapat memahami objektif perlaksanaan PAL dan peranan mereka sebagai pembimbing PAL.

Kursus ini terdiri dari 9 slot yang dikendalikan oleh kaunselor KMPP En Rozaeni Bin Hj Din dan Mohd Bakri Bin Md Hanafiah .Beberapa pensyarah juga menyumbangkan khidmat bakti sebagai fasilitaitor, Pn Noriha binti Mohd Rais ,Pn Hazami Binti Bakar ,Cik Noor Laila Binti Salleh Pn Noor Azah Binti Ibrahim dan En Shaiful Zaidi Bin Che Ahmad.Kursus ini juga dijayakan oleh beberapa pensyarah yang pernah mengikuti kursus Program Pensyarah Cemerlang di luar negara sebagai fasilitator Yew Sze Ling, Siti Shafiqa Shafira Bt Hashin, Puteri Balqis Bt Mohd Ishli dan Mohd Anas Bin Ismail. Majlis perasmian penutup oleh Pengarah KMPP pada hari ke tiga  pukul 12.00 Tghari

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account