Kami Warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Dengan Penuh Tekad dan Iltizam
Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan
Seluruh Tenaga dan Usaha Kami Untuk
Memastikan setiap pelajar mendapat bilik di asrama yang lengkap, bersih dan selamat didiami selepas sahaja selesai mendaftar sebagai pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.
Menentukan supaya jadual waktu PdP diberi kepada wakil pelajar setiap praktikum pada akhir sesi minggu pengurusan pelajar baharu (MPPB).
Memastikan dewan kuliah, bilik tutoran, makmal, perpustakaan dan perkakasan bahan bantu mengajar mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna untuk digunakan.
Memastikan kemudahan kokurikulum dan rekreasi pelajar berada dalam keadaan sempurna dan selamat.
Mengurus dan menyelesaikan semua masalah pelaksanaan peperiksaan supaya setiap pelajar dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan kondusif.
Mengurus perjawatan dan perkhidmatan personel; pelantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut pekeliling semasa.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.