Skip to main content

Sejarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang terbina di atas kawasan seluas 85 ekar di Pongsu Seribu, Kepala Batas dalam daerah Seberang Perai Utara. KMPP merupakan antara 5 buah Kolej Matrikulasi terawal yang didirikan oleh KPM bagi menyediakan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana Universiti Awam tempatan dan luar negara.

Kolej ini mula beroperasi pada 1 Januari 2000 dan mampu menampung sehingga 3000 orang pelajar. Kolej ini terletak berhampiran dengan pusat pentadbiran bandar Kepala Batas yang sedang pesat membangun dan dikelilingi oleh bandar-bandar besar seperti Sungai Petani dan Butterworth.