Unit Kokurikulum
Mohd Yazid bin Zainuddin
Pengenalan Unit
Unit Kokurikulum merupakan komponen penting dalam struktur akademik Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dengan sokongan seorang Ketua Jabatan, serta dibantu oleh tujuh (7) orang pensyarah yang berpengalaman dan komited dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum secara berkesan.
Unit ini bertanggungjawab mengendalikan Kursus Kokurikulum yang memberi penekanan kepada pembentukan kemahiran insaniah pelajar. Kursus ini memfokuskan kepada pembangunan kemahiran kerjasama berpasukan, di samping menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam konteks kerja berkumpulan. Selain itu, pencapaian kokurikulum turut menyumbang sebanyak 10% Kokurikulum kepada markah merit kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPTA), sekali gus meningkatkan motivasi pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan berterusan.
Bagi menyokong pelaksanaan aktiviti, unit ini dilengkapi dengan empat (4) bilik simpanan alatan sukan dan rekreasi. Kemudahan ini memastikan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur, selamat dan berkesan, serta menyumbang kepada pembentukan gaya hidup aktif dalam kalangan pelajar.
Pensyarah Unit Kokurikulum
Mohd Yazid bin Zainuddin
Ketua Unit
Emel :
Ganesan a/l Arumugam
Pensyarah
Emel :
Yusmeer @ Amir bin Othman
Pensyarah
Emel :
Mohd Yusri bin Omar
Pensyarah
Emel :
Syaharoni binti Suid
Pensyarah
Emel :
Fadhilah binti Ahmad
Pensyarah
Emel :