Peraturan Am

Peraturan Am Perpustakaan

  • Pengguna diwajibkan agar sentiasa membawa kad matrik semasa memasuki perpustakaan
  • Perpustakaan sama sekali melarang perkara-perkara berikut:
  1. Membuat bising
  2. Makan, minum, dan merokok
  3. Berpasang-pasangan (lelaki dan perempuan)
  4. Membawa masuk barang seperti beg, fail (sebarang fail), topi keledar, payung, baju hujan sebarang bungkusan, benda tajam.
  5. Mengubah kedudukan peralatan dan perabot perpustakaan
  6. Merizab tempat duduk
  7. Membuang sampah merata-rata
  8. Melakukan vandalisme
  9. Melakukan penyalahgunaan peralatan komputer (mengubah setting, melayari laman yang berisiko terhadap serangan virus, phisher, spyware, hacker dan sebagainya).
  • Pelajar wajib memakai pakaian formal mengikut etika pemakaian KMPP pada waktu pejabat (8:00am - 5:00pm), dan berpakaian sopan yang tidak menjolok mata pada waktu lain.
  • Pelajar diwajibkan memakai kasut bertutup.
  • Tindakan berikut akan diambil jika berlaku pelanggaran kepada peraturan di atas;
  1. Diarah keluar dari perpustakaan
  2. Akses disekat
  3. keahlian dilucutkan
  4. Keputusan peperiksaan digantung

Peraturan Pinjaman/Penggunaan

  • Pelajar perlu menyerahkan kad matrik (sendiri sahaja) semasa membuat sebarang transaksi.
  • Pelajar boleh meminjam buku dari koleksi open shelf (buku yang berlabel putih) sahaja. Pensyarah/staf boleh meminjam sama ada buku dari koleksi open shelf mahupun dari koleksi references (buku berlabel merah).
  • Pelajar dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah buku dalam satu masa tempoh pinjaman (2 minggu), manakala pensyarah/staf boleh meminjam sebanyak 5 buah buku dalam tempoh pinjaman (1 bulan).
  • Setiap peminjam dibenarkan untuk memperbaharui pinjaman sebanyak 2 kali sahaja. Pensyarah/staf boleh memohon pinjaman dalam tempoh tertentu (cth. satu semester) dengan mengemukakan permohonan bertulis.
  • Denda akan dikenakan bagi setiap buku yang dipulangkan melebihi tarikh luput dan bagi setiap buku yang rosak/hilang seperti berikut:
  • Denda lewat                        :   RM0.20/hari
  • Denda buku rosak/hilang   :   Menggantikan semula / membayar harga buku disamping denda proses sebanyak RM10.00
  • Untuk pinjaman majalah, pelajar boleh meminjam majalah dengan menyerahkan kad matrik dan pinjaman adalah terhad untuk 1 majalah sahaja dalam satu masa, dan majalah tidak boleh dibawa keluar tanpa pengetahuan pihak perpustakaan.
  • Bagi penggunaan komputer, pelajar perlu mengisi borang yang disediakan dan meninggalkan kad matrik dikaunter. Penggunaan adalah terhad kepada 1 jam sahaja. Penggunaan komputer adalah percuma kepada semua pengguna.
  • Pelajar boleh menggunakan perkhidmatan cetakan yang mana setiap cetakan akan dicaj sebanyak RM0.30/muka surat untuk cetakan (hitam putih).
  • Bagi penggunaan bilik perbincangan, pelajar perlu mendaftarkan diri di kaunter dengan mengisi borang yang disediakan. Jumlah minimum untuk menggunakan bilik perbincangan adalah 3 orang.
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account