
12 MEI 2023 – Majlis Silang Budaya dan Sambutan Hari Guru peringkat KMPP yang dikendalikan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial (KEBS) KMPP disambut penuh meriah. Majlis diadakan pada petang jumaat bermula jam 2.30 petang. Majlis ini bertujuan untuk meraikan semua warga kolej bersempena sambutan Aidilfitri dan Hari Guru.