
25 Mac 2023 - Majlis Apresiasi PSPM I dan III sesi 2022/2023 telah dilangsungkan baru-baru ini untuk memberi pengiktirafan kepada 574 orang pelajar Jurusan Sains dan Perakaunan KMPP yang telah berjaya memperolehi PNGS 4.0 dalam PSPM semester 1 sesi 2022/2023. Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Farabi KMPP ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Tn. Suhaimi bin Saidin.