Karnival Pendidikan Kerjaya KMPP 2022

kerjaya03 web

 

KEPALA BATAS, 29 Oktober 2022- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah mengadakan Program Karnival Pendidikan dan Kerjaya anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi informasi kepada pelajar tentang pemilihan kursus-kursus di pelbagai universitI tempatan dan luar negara. Selain itu, program ini dapat mendedahkan pelajar tentang persediaan diri sebelum sesi temuduga nanti. Program ini juga disambut meriah oleh pihak luar seperti Kolej Mara Kulim serta pelajar KMPP sendiri.

Seawal jam 8.00, wakil-wakil daripada pelbagai IPTA seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), beberapa IPTS seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP) serta agensi seperti PTPTN telah bersedia dengan pameran masing-masing di dalam Dewan Al-Farabi.

Selain ucapan perasmian yang sangat bermaklumat dan memberi inspirasi, Tn. Suhaimi Bin Saidin, Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sudi untuk memberi cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada semua wakil institusi dan agensi yang terlibat. Seterusnya, tuan pengarah juga melawat ke semua tapak pameran dan mengadakan sesi penggambaran bersama wakil mereka.  Sambutan hebat oleh para pelajar dapat dilihat melalui penyertaan aktif para pelajar dalam pameran aktiviti yang diadakan. Melalui program ini, Unit Psikologi dan Kaunseling serta Kelab Pembimbing Rakan Dinamik KMPP berharap melalui program seperti ini para pelajar akan dapat membuat perancangan awal yang jelas untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tingi seterusnya berjaya mengejar cita-cita sendiri di masa hadapan, insyAllah. 

Kerjaya01 Web
Kerjaya04 Web

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account