Xplorasi Biodiversiti KMPP 2022
KEPALA BATAS, 13 NOVEMBER 2022-Selari dengan inspirasi warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) untuk mengekalkan lestari alam semulajadi, satu program penanaman pokok kayu bakau di Sungai Merbok,Kedah telah berjaya diadakan baru-baru ini. Program yang mendapat kerjasama penuh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah(MPSPk) ini diketuai oleh Pengarah KMPP dengan sokongan 12 orang pensyarah dan 35 orang pelajar sesi 2022/2023.
Acara yang julung kali disertai oleh warga KMPP berjaya memupuk kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar dan kepentingan ekosistem hutan paya bakau. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan biodiversiti dan sudah menjadi tanggungjawab setiap generasi untuk mengekalkan pembangunan lestari supaya penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga genarasi akan datang.
Menurut Penyelaras program, Mohd Yusri bin Omar, aktiviti yang dirangka juga berjaya membina semangat setiakawan diantara pengurusan, pensyarah dan pelajar serta menyemai nilai-nilai murni amalan baik .Secara tidak lansung, jurang perhubungan sosial dan komunikasi antara pengurusan dan pihak lain dapat dikecilkan.Pengalaman secara terus”hands on” bergelut dengan lumpur dan selut akan memberi pengalaman terindah diluar bilik kuliah.Proses ini mematangkan pelajar dalam membina jati diri dan mencintai alam semulajadi.
Secara keseluruhan, program yang sarat dengan ilmu alam semulajadi ini membuka perspektif baru dikalangan warga KMPP tentang meminimakan penebangan hutan dan memusnahkan lestari alam.Pencegahan dan kawalan yang efektif meningkatkan ketahanan ekosistem untuk terus mengurangkan kesan fizikal akibat bencana seperti tsunami pada tahun 2004. Melaluinya, adalah diharapkan agar warga KMPP akan terus peka dalam menguruskan biodiversiti dengan baik dan berkesan.