
KEPALA BATAS, 14 Oktober 2022 – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menerima kunjungan kerja daripada pihak Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) untuk tujuan Audit Akademik Program Matrikulasi KPM 2022 bermula pada 12- 14 Oktober 2022. Audit ini merupakan satu prosedur mengesahkan dan memperakukan amalan akademik di Kolej Matrikulasi KPM selari dengan rancangan, kriteria dan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM. Kunjungan ini diketuai oleh Tn Hj Mohd Yusof bin samad dan auditor seramai 7 orang.