Karnival STEM Matrikulasi KMPP 2022

web main mascar

KEPALA BATAS, 24 September 2022- Bersempena Karnival STEM Matrikulasi KMPP 2022, Para pensyarah dan  pelajar telah menyertai pameran yang diadakan di Dewan AL-Farabi. Pameran tersebut diadakan pada Sabtu, 24 September 2022 bermula pada 8.30 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari.   Lebih 40 aktiviti STEM yang menarik telah dipamerkan oleh Kelab AL-Chemy, Kelab BioGrandeur, Kelab Physictron, Booth Matematik, Kelab Astronomi, Kelab Teknologi Hijau dan Booth Sains Komputer. Antara aktiviti yang menjadi tumpuan semasa program ini diajalankan adalah memenangai pelbagai hadiah misteri dalam acara Happy Hour di beberapa buah booth. Permainan Network, Penerokaan Planetarium oleh USM, aktiviti memanah, Demonstrasi Robot di Booth Matematik, Aktiviti di Booth Penang International Dental College, Pencerapan Matahari Oleh Jabatan Mufti P. Pinang. Jualan makanan Food Truck turut diadakan kepada para pengunjung.  Acara bersambung di sebelah malam dengan  pelbagai persembahan daripada  pelajar KMPP di Dewan AL-Farabi.

WebMascar1
WebMascar4
WebMascar5
WebMascar6
WebMascar11
WebMascar12

 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account