Bengkel Pelaksanaan Kajian Tindakan KMPP 2024
Jawatan Kuasa RnD KMPP telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Kajian Tindakan pada 2 hb Februari 2024. Tujuan utama adalah untuk menggerakkan perkembangan dan kemajuan intelektual di kalangan pensyarah KMPP. Memandangkan pensyarah perlu didedahkan dengan budaya R&D agar dapat memperhebatkan aktiviti kesarjanaan serta meningkatan profesionalisme pendidik dalam bidang penyelidikan.
Berasaskan hasrat ke arah perkongsian kepakaran dan pengetahuan dalam bidang RnD, Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan Inovasi IPGKTB iaitu Dr. Punitha Muniandy @ Karthigasoo dari kampus Tuanku Bainun telah dijemput sebagai penceramah dalam bengkel ini. Bengkel ini telah dilaksanakan selama satu hari dan disertai oleh seramai 40 orang pensyarah dari pelbagai unit.