March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

KEPALA BATAS, 26 SEPTEMBER 2016 -     Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa yang akan memulakan tugasan beliau sebagai Pengarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) yang baharu telah disambut dengan meriahnya oleh barisan kepimpinan kolej, para pensyarah, staf, dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KMPP.   Seramai 25 orang warga Kolej Matrikulasi Kelantan (KMKt) di ketuai oleh En. Shahrin b. Osman selaku Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas mengiringi Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa ke KMPP.

Timbalan Pengarah KMPP, Tuan Haji Mohd. Yusof b. Samad dalam ucapan aluan beliau, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada warga KMKt kerana mengiringi Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa ke KMPP. En. Shahrin b. Osman, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas KMKt pula mengzahirkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada KMKt.

Sesi pembentangan program PLC dan R&D turut mewarnai program sambutan itu. Program PLC telah dibentang oleh Pn. Natifah bt. Abu Khairi, Penyelaras PLC KMPP manakala Dr. Salwati bt. Yaakob, Penyelaras R&D KMPP telah membentangkan program-program R&D di KMPP. Sebagai kenang-kenangan kepada warga KMPP, En. Shahrin b. Osman, Ketua Jabatan Sastera Ikhtisas KMKt telah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa.


Tuan Haji Abdul Manaf bin Musa sejurus tiba d Lobi Pentadbiran.


Sambutan kakitangan KMPP dan pelajar.


Diringi oleh Tuan Timbalan KMPP, Tuan Haji Mohd Yusof bin Samad ke Bilik Seminar KMPP.


Jamuan Makan pagi.


Bergambar kenangan bersama rombongan KMKt

Berita Oleh: Azizan Saari

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 25 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamSELAMAT DATANG TN.HJ.ABDUL MANAF MUSA
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.