March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

KEPALA BATAS, 5 SEPTEMBER 2016 -  Majlis Mengetik Kad Perakam Waktu sempena persaraan Tuan Husain bin Hitam, Pengarah KMPP telah berlangsung dengan jayanya di Dewan al-Farabi, KMPP. Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah BMKPM, Dr. Baiduriah bt. Yaakob serta beberapa Pengarah dan wakil Pengarah kolej-kolej Matrikulasi dan MARA.

Tuan Husain bin Hitam telah diarak dengan paluan kompang dan disambut dengan meriah di Dewan Al-Farabi oleh warga KMPP. Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Samad dalam kata-kata aluan majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Husain bin Hitam, kerana dalam jangka masa yang singkat, beliau berjaya memartabatkan kembali pencapaian KMPP dalam pelbagai bidang; akademik, sahsiah pelajar, mahupun kokurikulum. Tuan Husain bin Hitam, Pengarah KMPP pula berkongsi pelbagai pengalaman sepanjang beliau berkhidmat sebagai penjawat awam.

Dalam majlis itu, Tuan Husain bin Hitam, Pengarah KMPP telah menyerahkan nota serah tugas kepada Timbalan Pengarah, Tn. Hj. Mohd. Yusof b. Samad disaksikan oleh Timbalan Pengarah BMKPM, Dr. Baiduriah bt. Yaakob. Sijil penghargaan dan pelbagai cenderamata disampaikan kepada Tuan Husain bin Hitam sebagai tanda penghargaan warga KMPP dan BMKPM.

Selepas upacara mengetik, Tuan Husain bin Hitam diiring keluar dewan alunan selawat nabi. Beliau diarak dengan kereta khas ke rumah rasmi beliau dengan lambaian tangan oleh para tetamu, pensyarah, staf, dan para pelajar. Selamat bersara Tuan Husain bin Hitam, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, baraqah, dan rahmat oleh Allah Taala, amin.

Berita oleh: Azizan Saari

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 37 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamMAJLIS MENGETIK KAD PERAKAM WAKTU PENGARAH KMPP
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.