Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021
KEPALA BATAS, 19 Ogos 2022 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2021 dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Al-Farabi KMPP pada Jumaat, 19 Ogos 2022 jam 3 petang. Dalam majlis itu seramai 26 orang pensyarah serta staf sokongan yang diiktiraf kecemerlangan dalam sumbangan terhadap kolej bagi tahun 2021. Manakala tiga orang kakitangan telah dianugerahkan Sijil Penghargaan Khas bagi menghargai sumbangan mereka dalam bidang-bidang tertentu. Sijil Penghargaan disampaikan oleh Pengarah KMPP, Tuan Suhaimi bin Saidin.