Majlis Penutupan MPPB Sesi 2022/2023
KEPALA BATAS, 28 Julai 2022 – Minggu Pengurusan Pelajar Baharu sesi 2022/2023 menutup tirai dengan berlangsungnya Majlis Penutupan MPPB sesi 2022/2023 pada 28 Julai 2022. Dalam Majlis tersebut, sijil penghargaan diberikan kepada Ketua Sukarelawan, Surat Lantikan kepada Coach yang akan mengendalikan Program MEPro dan bacaan Ikrar Pelajar oleh wakil pelajar. Pelajar akan memulakan sesi pembelajaran pada 1 Ogos 2022.