Robomatic Camp 2023 Matrikulasi

robomatic2023

20 Mac 2023- Robomatic Camp 2023 yang dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Labuan (KML) telah diadakan pada 17 hingga 19 Mac 2023 bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan.  

Objektif program itu adalah untuk meningkatkan kemahiran asas aplikasi Internet of Things (IoT) kepada pelajar melalui penyelesaian masalah secara kreatif. Program tersebut adalah kesinambungan daripada Modul IoT Matrikulasi (MiM) yang memperkenalkan tiga (3) bidang utama iaitu mekanikal, elektronik dan pengaturcaraan secara serentak menerusi kaedah Project Based Learning (PBL) dan Inquiry Based Learning (IBL). 

 Ahmad Adib bin Kamal dan Ahmad Qasthalani bin Mohd Hisham yang diiringi oleh Encik Ahmad Faizal Darus, pensyarah Sains Komputer berjaya membawa pulang anugerah emas dan saguhati.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account