Majlis Apresiasi PSPM I Sesi 2021/2022

 

KEPALA BATAS, 14 Mei 2022 – Majlis Apresiasi PSPM I Sesi 2021/2022 peringkat kolej diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan semester satu  yang lalu.  Seramai 712 orang pelajar KMPP yang memperolehi PNGS 4.0 iaitu 571 orang pelajar dari Sistem Dua Semester (SDS) dan 141 orang pelajar dari Sistem Empat Semester (SES).  Namun begitu hanya pelajar SDS dapat diraikan dalam majlis tersebut secara bersemuka kerana pelajar SES  masih mengikuti sesi pembelajaran secara PDPR. Satu pautan khas menerusi aplikasi Youtube  disediakan kepada pelajar SES yang memperolehi PNGS 4.0.    Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tuan Haji Suhaimi bin Saidin. Majlis yang diadakan di Dewan Al-Farabi KMPP itu , turut boleh ditonton secara dalam talian menerusi saluran Youtube KMPP.

Pautan Khas untuk pelajar PNGS 4.0  SES: https://youtu.be/g48opG6Ignw 

Apresiasi01
Apresiasi02
Apresiasi03
Apresiasi04
Apresiasi05
Apresiasi06
Apresiasi07
Apresiasi08
Apresiasi09
Apresiasi10

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account