Negeri Empat Ungguli Pesta "Road Relay 2019"

rr2019

KEPALA BATAS, 14 Disember, 2019.-Pasukan Panther dan Lion dari negeri empat muncul sebagai Johan dan Naib Johan Pesta  ‘Road Relay KMPP 2019” yang telah diadakan di sekitar persekitaran Kolej Matrikulasi Pulau Pinang(KMPP) baru-baru ini. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, pasukan Panther yang diketuai oleh Kelly Chin Yu Han telah berjaya menewaskan 14 pasukan lain yang bertanding untuk merebut kejuaraan sulung Pesta”Road Relay KMPP 2019” dengan penuh bergaya. Catatan masa 31’08.20 saat jauh meninggalkan pasukan senegeri;Lion yang mencatat masa 34’20.90 saat untuk berada dikedudukan kedua manakala pasukan Gamma dari negeri tiga (35’27’70) berada ditempat ketiga.         .

Menurut penyelaras program, Mohd Yusri bin Omar, idea Pesta Road Relay ini tercetus hasil dari sumbangsaran pensyarah-pensyarah Unit Kokuriukulum KMPP dalam menggalakkan penyertaan gaya hidup sihat  dalam komuniti KMPP. Selain kearah memenuhi tuntutan anatomi dan fisiologi individu yang terlibat, ianya juga memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi proses tuntutan markah 10% kokurikulum.

Kredit juga harus diberi kepada pelajar kelas kokurikulum olahraga kerana telah berjaya mengelolakan satu pertandingan antara negeri dengan cemerlang. Ini menepati aspek kemenjadian pelajar dalam bidang kokurikulum dalam melahirkan generasi yang seimbang dan berdaya-saing. Tiada peserta yang rebah, pengsan mahupun mengalami kecederaan serius sepanjang masa hari kejohanan. Mesej ini jelas menunjukkan  bahawa pelajar KMPP berada dalam kondisi terbaik dari sudut kesihatan fizikal mahupun intelektual.Gabungan elemen-elemen ini penting dalam memastikan KMPP terus berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang pada setiap masa.  

Secara keseluruhan, program Pesta Road Relay KMPP 2019 ini berjaya menggalakkan penyertaan  didalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan status sosial para pelajar KMPP. Pembinaan sahsiah diri dan motivasi yang tinggi semasa berinteraksi digilap oleh pelajar KMPP semasa bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Melaluinya, diharapkan agar semua warga KMPP dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang. 

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account