Matriculation Digital Wave

mdw

KEPALA BATAS, 17 JULAI 2020- Sesi penilaian Program Matriculation Digital Wave (MDW) fasa pertama bahagian Matrikulasi telah berlangsung pada 16 Julai 2020, bertempat di Bilik Tayangan Pusat Sumber KMPP. 

Penilaian yang dilakukan terhadap  wakil pensyarah setiap unit mengenai penggunaan Microsoft Teams dalam menjayakan pembelajaran digital untuk program matrikulasi. Wakil pensyarah yang terlibat membentangkan kepada para juri dan peserta lain bagaimana bahan-bahan PdP dimuatnaik dalam Microsoft Teams serta diintegarasikan dengan beberapa aplikasi lain agar PdP secara digital kelihatan menarik dan berkesan. Barisan juri yang membuat penilaian adalah terdiri daripada wakil daripada Bahagian Matrikulasi iaitu Puan Izura Adiawati binti Hizarullah. Manakala dari kolej matrikulasi diwakili oleh dua orang Jurulatih Utama (JU) dari KMPP dan 2 orang JU dari KMPk.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account