Pergerakan Pelajar Kembali Ke Kmpp
KEPALA BATAS, 31 DISEMBER 2020 - Pergerakan pelajar KMPP kembali ke kolej bermula pada 28 hingga 31 Disember 2020 untuk membolehkan sesi pembelajaran dan pemudahcara dilaksanakan bermula 4 Januari 2021. Lanjutan daripada itu, tatacara proses kemasukan telah ditetapkan oleh pihak HEP. Pergerakan pelajar kembali ke KMPP dilakukan secara berperingkat selama 4 hari untuk memastikan penjarakan sosial serta proses sanitasi barang-barang pelajar.