Lawatan Rasmi BKMPM Ke KMPP

posterlawatanbmkpm

KEPALA BATAS, 16 MAC 2021-  Pada Selasa, 16 Mac 2021 KMPP menerima kunjungan tiga orang pegawai dari Bahagian Matrikulasi sempena Lawatan Khidmat Bantu Pindaan Kalendar Akademik Program Matrikulasi KPM Semester II Sesi 2020/2021.  Pegawai Bahagian Matrikulasi yang terlibat ialah Encik Hasanuddin bin Yahaya , Cik Norzaireenwati binti Said  dan Puan Mazilah binti Mat Deris.

 Objektif lawatan ini adalah  untuk:

  1. melihat situasi semasa hasil pelaksanaan pindaan kalendar akademik di peringkat kolej.
  2. memberikan bantuan dan penerangan lanjut berkenaan keputusan pindaan kalendar akademik kepada pihak pengurusan.
  3. Memberikan khidmat nasihat dalam pengurusan proses kerja terutamanya melibatkan perjalanan PdP dan Penilaian Berterusan.
  4. mengadakan ruang perbincangan dan aduan dari pihak kolej.

Untuk mencapai objektif lawatan, sesi taklimat dan perbincangan bersama pihak pengurusan dilaksanakan disusuli dengan perjumpaan serta perbualan secara santai bersama pensyarah dan pelajar sepanjang tempoh lawatan.

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account