March 2021
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

pindah

Seluruh warga KMPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada bekas Pengarah KMPP ke-9, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad atas pelantikan ini. Kami turut mendoakan agar tuan sentiasa cemerlang dalam kerjaya serta kehidupan dunia dan akhirat

Written by News Team

Majlis Silang Budaya KMPP telah disambut dengan penuh meriah pada 16 Ogos 2013 bersamaan dengan hari Jumaat di kawasan Dataran Pelajar. Majlis yang bermula pada jam 2.45 pm sehingga 4.30 pm telah menempatkan 61 buah khemah iaitu 60 buah khemah bagi mewakili setiap praktikum yang ada dan sebuah khemah lagi mewakili staf dan pensyarah.

Majlis ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk keharmonian antara kesemua warga KMPP dengan semangat kekeluargaan yang tinggi.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tuan Hj. Ramli bin Din dan majlis pada kali ini turut diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Encik Shabudin bin Yahaya.

Pelajar-pelajar telah mula membuat persiapan seawal jam 8.30 am dengan menghias khemah masing-masing sesuai dengan sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Pelbagai juadah telah dihidangkan serta kuih muih pelbagai bentuk dan rasa turut menjadi santapan kesemua warga KMPP. Majlis ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua warga KMPP akan terus diadakan pada masa akan datang dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa. 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 11 guests and no members online

You are here:   HomenewsteamMAJLIS SILANG BUDAYA 2013
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.