October 2020
M T W T F S S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

Written by Admin Dinamika

Pada 13 March 2012, unit Kemahiran Dinamika telah mengadakan ceramah kesihatan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan menjemput Dr. Azura bt  Hj. Abdullah,  Dr. Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari LPPKN Pulau Pinang sebagai penceramah. Ceramah ini diberikan dengan objektif untuk  memberikan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri di kalangan pelajar KMPP. Sebanyak 6 praktikum pelajar jurusan perakaunan yang telah menyertai ceramah ini. Melalui ceramah ini, isu- isu kesihatan yang berkaitan dengan pelajar telah dijelaskan dengan terperinci berserta contoh, statistik dan perkongsian pengalaman oleh penceramah sebagai doktor pakar. Para peserta juga dibekalkan dengan broser-broser yang menjelaskan kepentingan penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat. Dengan ini diharapkan para peserta mendapat banyak input yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan pada masa depan.

 
Written by Admin Dinamika
     

Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat-pingat kebesaran merupakan sub tajuk di bawah bab protokol yang merupakan satu tajuk dalam sukatan pelajaran subjek Kemahiran Dinamika. Pengalaman dalam istiadat berkaitan bukan sahaja membantu memantapkan P & P pensyarah khususnya dalam bab berkaitan malahan akan meningkatkan pengetahuan peserta tentang pengurusan protokol dalam majlis penuh istiadat mahupun majlis yang formal. Lantaran, pada 8 March 2012, unit Kemahiran Dinamika telah menganjurkan lawatan ke istiadat pengurniaan bintang dan pingat-pingat kebesaran sempena perayaan ulang tahun hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman ke-84 di Istana Anak Bukit, Alor Setar. Sebanyak 7 pensyarah unit Kemahiran Dinamika telah menyertai lawatan ini.  Di sini, para pensyarah telah disambut oleh pegawai perhubungan, Pn. Noor Akmar binti Dato’ Wira Mohd Omar dari pihak Seksyen Pengurusan Majlis dan Protokol di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah. Beliau  telah menunjukkan kepakaran dan profesionalisme beliau dalam memperjelaskan soalan-soalan peserta tentang aspek protokol dalam majlis berkaitan. Para peserta telah mendapat banyak input dan pengalaman yang amat berharga melalui lawatan ini.

 

 
Written by Admin Teknologi Maklumat

Tarikh     : 4hb - 5hb April 2012

Masa      : 8.30 pagi - 4.15 petang

Tempat  :  Bilik Seminar, Perpustakaan KMPP.

 

Laporan :

Bengkel Pembinaan Soalan ini telah dianjurkan oleh Unit Sains Komputer dan disertai oleh semua pensyarah unit ini. Bengkel ini bertujuan untuk membina soalan-soalan tutorial, objektif, struktur, Pre-UP, Pre-PSPM mengikut standard soalan peperiksaan sebenar. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil sebagai pengkhususan dan memudahkan perbincangan. Peserta diberikan bahan rujukan lengkap untuk proses penghasilan soalan beserta skema jawapan lengkap untuk digunakan pada semester akan datang. Bengkel ini diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran peserta dalam membina soalan mengikut standard seterusnya membantu pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih bersedia.

 

 
Written by Admin Biologi

Pada 24 Febuari 2012 yang lalu Unit Biologi telah melaksanakan program “Bioecorace” yang telah berlangsung di sekitar kawasan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Program ini bertujuan membantu meningkatkan kebolehan pelajar dalam mengenalpasti species dalam Kingdom Plantae bagi topic “Biodiversity”.  Dalam program ini pelajar berkerjasama bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dan ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah. Program ini turut menguji kecerdasan fizikal dan mental pelajar melalui aktiviti yang dilaksanakan.

 
Written by Super User

 

PENAFIAN:

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 
 
DASAR PRIVASI
 
Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

 
Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 
Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 
 
DASAR KESELAMATAN
 
Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 
Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

 
Written by Super User

Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa semasa sesi pendaftaran pelajar baru di KMPP:-

1. Surat Tawaran Pengajian Ke Matrikulasi

2. Kad Pengenalan pelajar

3. Slip/Resit bayaran yuran. Bagi penerima biasiswa/tajaan atau bantuan zakat, sila bawa bersama surat asal dari agensi berkenaan serta 1 salinan.

4. Salinan buku akaun/penyata akaun GIRO yang memaparkan nama dan nombor akaun

Pelajar perlu menyediakan dokumen seperti di atas sebelum tiba di KMPP kerana hanya dokumen tersebut yang perlu dibawa turun bersama pelajar dari kenderaan di Zon Turun Pelajar yang disediakan.

Dokumen-dokumen lain hanya perlu diserahkan kepada Mentor pada sesi perjumpaan yang akan diadakan selepas pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.

 
Written by Admin Kimia

24 Mei 2012 - Luar dari kebiasaan, itulah inisiatif yang diambil oleh unit kimia Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam mendalami ilmu kimia agar ianya dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh para pensyarah malah turut dapat disampaikan kepada para pelajar KMPP. Seramai 37 pensyarah unit kimia berkesempatan berkunjung ke Pusat Racun Negara, Pusat Kawalan Dadah dan Fakulti Sains Farmasi Universiti sains Malaysia.

         Ketibaan kami sekitar jam 10 pagi disambut oleh Pn. Afni dari Pusat Racun Negara. Setelah memperkenalkan diri, kami telah dibawa untuk mendapatkan sesi taklimat berkaitan Pusat Racun Negara diikuti sesi lawatan ke makmal -makmal di Pusat Kawalan Dadah dan Fakulti Sains Farmasi sambil mendengar taklimat dan penerangan yang diberikan sepanjang sesi lawatan ini. Memandangkan bangunan ketiga-tiga instutusi ini terletak berdekatan antara satu dengan yang lain, maka lawatan ini telah dapat dijayakan sepenuhnya menjelang pukul 3.30 petang sebelum kami bertolak pulang ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Pengalaman yang ditimba oleh semua warga unit kimia KMPP diharap dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan profesion pendidikan ini.

 

Pautan Pantas

Pautan Luar

    
    

Carian

We have 26 guests and no members online

You are here:   HomeUncategorised
| + -

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.