August 2022
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 4 Oktober 2019 - Karnival Pendidikan Kerjaya KMPP 2019 telah berlangsung selama dua hari di Pusat Sumber KMPP. Program ini diadakan bagi memberi informasi tentang jurusan pengajian yang ada di Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia,  bagi membantu para pelajar menetapkan sasaran matlamat akademik dan kerjaya selepas tamat pengajian dalam program Matrikulasi kelak. 

Sebanyak 20 Universiti Awam , 11 Universiti Swasta dan 2 Agensi Luar telah mengambil bahagian dalam pameran kerjaya yang telah diadakan .  Pengarah KMPP,  Tn. Hj. Rozaini bin Ahmad  telah merasmikan upacara pembukaan pada jam 11.00 pagi, Jumaat, 4 Oktober 2019 di hadapan Pusart Sumber KMPP . Turut sama mengiringi Tuan Pengarah ialah Timbalan Pengarah, Pn.Latiza bt. A.Latif dan barisan Ketua- ketua Jabatan.  Program anjuran Unit Kaunseling Dan Kerjaya, di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar ini telah berjaya  mendapat sambutan hangat para pelajar KMPP dan berjaya menepati objektifnya utamanya iaitu  membantu memberi informasi secara terus dan bersemuka antara pelajar dan pihak universiti dalam menentukan hala tuju diri dan kerjaya pelajar Program Matrikulasi.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 20 September 2019 – Pukulan gendang bergema sekali lagi di Dewan Al-Farabi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang sempena Pesta Tanglung pada 20 September 2019 yang bertema “ UNITY . DESTINY “. Pesta ini telah direncanakan oleh Jawantankuasa Pelaksana Pesta Tanglung bagi meraikan Perayaan Kuih Bulan yang dirayakan pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 mengikut kalendar Cina.

Pesta Tanglung tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tn. Hj. Rozaini bin Ahmad. Program itu turut disertai oleh Timbalan Pengarah dan  dan ketua-ketua Jabatan. Ketibaaan tetamu kehormat  telah disambut dengan pukulan gendang dan kompang yang melambangkan perpaduan kaum yang kuat warga KMPP.

Pelbagai persembahan menarik telah disediakan pada malam itu seperti  Persembahan Tarian Kipas, Persembahan Okestra Cina, drama percintaan antara Dewi dan manusia.

....
 
Written by News Team

 

KEPALA BATAS, 27 Sept 2019 – Program Kecemerlangan Akademik, Ekonomi Di Hatiku telah berlangsung pada hari Jumaat, 27 September 2019 jam 2.45 hingga 4.15  petang di DK1 & DK2 KMPP.  Program ini dianjurkan oleh Unit Ekonomi melibatkan seramai 7 orang pensyarah dan 246 orang pelajar Perakaunan. Objektif utama program adalah untuk menguji konsep ekonomi,  meningkatkan kemahiran menjawab  soalan dan persediaan awal menghadapi Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 3 Okt 2019 - Program gotong royong mengacau dan mengagihkan bubur asyura kepada semua warga KMPP telah berjaya dilaksanakan di Pusat Kegiatan Pelajar , Lake View. Semua pihak pengurusan dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Pelajar, Pusat Islam dan Pusat Zakat KMPP , staf sokongan serta pensyarah KMPP telah membanting tenaga untuk menjayakan program ini dan telah bertanggungjawab untuk memastikan bubur dimasak dan diagihkan mengikut unit masing-masing. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 26 Sept 2019 - Unit Sains Komputer KMPP telah berjaya menganjurkan program berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), KMPP GO DIGITAL yang bertemakan Learn, Play & Inspire. Antara aktiviti yang telah dipertandingkan adalah seperti Digital Relay Run, FIFA 2019, Happy Hour, KMPP Tik Tok Challenge, Mobile Photography Contest, PC Assemble, CODE Unplugged Games, Portal KMPP Best Lecturer's Corner dan Digital Make Up Artist. 

....
 
Written by News Team

GAMBANG, 8 Sept 2019 - 35 orang pelajar KMPP diiringi 4 orang pensyarah unit Ko Kurikulum telah menyertai Jambori Peringkat Matrikulasi yang telah diadakan selama 3 hari di Kolej Matrikulasi Pahang. Tahniah kepada pasukan KMPP kerana telah berjaya meraih gelaran Johan Masakan Rimba di dalam salah satu aktiviti yang telah dijalankan.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 21 Sept 2019 - Program Kecemerlangan Tahunan Unit Matematik, 'Math Shopping' telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan Al-Farabi bermula seawal 7.30 pagi. Program yang melibatkan 469 peserta ini berakhir jam 12.30 thari. Peserta program ini terdiri dari pelajar Sistem Empat Semester (SES) Semester 1 sesi 2019/2020.

Program yang berkonsepkan Jawab, Tebus dan Menang ini dimulakan dengan para peserta mendapatkan soalan-soalan yang boleh didapati di stesen-stesen yang dibahagi kepada topik-topik yang dipelajari sepanjang semester 1. Kelainan pada siri 'Math Shopping'kali ini, pihak jawatankuasa menggunakan QR kod. Para peserta mendapat soalan dengan membuat imbasan pada QR kod soalan yang disusun secara rawak pada setiap stesen. Setiap jawapan pada soalan yang diimbas betul, kupon pesert akan dicop sebagai tanda betul. Setelah mendapat bilangan cop yang dikehendaki, para peserta akan ke meja urusetia untuk menebus hadiah. Program ini bertujuan meningkatkan minat serta kemahiran menyelesaikan masalah Matematik.

....
Read more...
 

Page 12 of 44

<< Start < Prev 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 Next > End >>

Video Korporat KMPP

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 26 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   Home
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.