August 2022
M T W T F S S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 1 2 3 4

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 22 Nov 2019 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440 H peringkat KMPP telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah dimulai dengan perarakan warga KMPP membawa sepanduk sambil berselawat ke atas junjungan mulia, Muhammad SAW. Perarakan juga telah diiringi oleh jemputan khas rider motor berkuasa tinggi dari Kelab NVOG.

Sambutan diadakan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW dengan tema sambutan tahun ini iaitu "Rasulullah SAW, Didikanmu Membentuk Kemenjadian Hamba". Setelah berselawat beramai-ramai dengan diiringi alunan video selawat yang merdu, hadirin telah dihiburkan dengan dua buah lagu merdu oleh kumpulan nasyid yang terdiri dari 6 orang pelajar lelaki KMPP. 

....
Read more...
 
Written by News Team
 
KEPALA BATAS, 16 Nov 2019 –Bengkel Teknik Penulisan Resume, Surat Iringan & Temu Duga  telah berlangsung pada 16 Nov 2019 di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dengan penyertaan yang hangat daripada pelajar-pelajar KMPP. Bengkel ini dianjurkan oleh unit Pengajian Am Matrikulasi dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang persediaan, tatacara dan cara untuk menjawab soalan semasa temu duga. Seramai  500 ratus pelajar KMPP telah memenuhi Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2, KMPP untuk mengikuti bengkel ini yang disampaikan oleh 2 pensyarah yang berpengalaman dari Management Science University (MSU) iaitu En. Mohd Saiful Bin Abdullah Saidi dan En. Pravinbabu Baskaran. 
....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 15 Nov 2019 - Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 telah berjalan dengan lancar pada 14 dan 15 November 2019 di KMPP. Semasa ucapan aluan sempena mesyuarat pembukaan audit, Pengarah KMPP, Tn.Hj.Rozaini b.Ahmad telah melahirkan rasa bersyukur kerana sepanjang perkhidmatan beliau di KMPP, warga KMPP sentiasa mengamalkan pengurusan kualiti yang baik, sentiasa berusaha, berdaya saing dan komited bekerjasama. Beliau amat berbesar hati menerima kehadiran dua orang auditor SIRIM, Pn.Hjh.Mariam bt. Mohamed Zin dan Lt.Kol (B) Tn.Hj. Abd Lataf b. Daud untuk proses audit kali ini. Beliau berharap pihak SIRIM dapat memberi pedoman dan tunjuk ajar ke arah sistem kualiti yang terbaik. Tahniah sekali lagi kepada KMPP kerana telah mengekalkan kecemerlangan di dalam sistem pengurusan kualiti dengan tiada sebarang penemuan ketidakakuran ditemui.

....
 
Written by News Team

SINTOK, 5 Nov 2019 -10 kumpulan inovasi pensyarah dan pelajar telah mewakili KMPP di dalam Sintok International Games & Gamification (SIGG) 2019 di UUM, Sintok. Tahniah kepada semua kumpulan peserta dari KMPP yang telah menerima 3 Anugerah Emas, 2 Anugerah Perak dan 5 Anugerah Gangsa untuk acara tersebut.

Anugerah Emas

1. Maze Runner 4.0
2. Fugo Wed
3. Genies in Wondercell

Anugerah Perak

1. SDLC Games
2. Let's Light The Bulb

Anugerah Gangsa

1. Code Gym
2. VRSL
3. Pic'cella
4. Lol
5. Taxonomixis

 

....
 
Written by News Team

PULAU LANGKAWI, 10 Nov 2019 - Jabatan Sastera Ikhtisas, KMPP telah mengadakan  program Pembinaan Pasukan di Pulau Lagenda, Langkawi. Seramai 37 orang pensyarah bersama ahli keluarga turut serta di dalam aktiviti yang telah dirancangkan selama 3 hari 2 malam.

Di antara aktiviti yang dijalankan adalah  meneroka Gua Kelawar dan paya bakau air masin, meninjau burung helang, lawatan ke kolam sangkar ikan air masin, menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang sambil menikmati pemandangan indah di Jambatan Gantung serta mewarna batik lukis di Pusat Kraf Batik Pulau Langkawi.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 7 Nov 2019 - Beberapa amanat penting telah disampaikan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tn.Hj.Rozaini b. Ahmad di dalam perhimpunan bulanan pada kali ini. Di antara intipati ucapan beliau adalah berkaitan penstrukturan semula secara besar-besaran di Kementerian Pendidikan Malaysia, khasnya di Bahagian Matrikulasi, pengurusan semasa di peringkat kolej seperti urusan kenaikan pangkat, pengurusan kewangan, pengurusan akademik dan kokurikulum. Tuan Pengarah juga berpesan supaya semua pendidik khasnya di KMPP sentiasa menjaga imej professional keguruan, memperbaiki dan mempertingkat kompetensi dan sentiasa memastikan KMPP sentiasa mencapai prestasi yang terbaik.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 11 Oktober 2019 - Program Road to PSPM1 anjuran Pusat Islam dan Zakat KMPP telah berjalan dengan lancar sepanjang minggu, bermula dari 7 hingga 11 Oktober 2019. Objektif utama program ini adalah untuk memperkuatkan jiwa dan rohani pelajar sebagai persediaan menjelang peperiksaan akhir semester 1(PSPM1) pada minggu hadapan. Setiap pagi, bermula jam 8.00, pelajar bersama pensyarah akan bersolat dhuha secara berjemaah dan tazkirah atau motivasi ringkas akan disampaikan sebelum jamuan pagi yang disumbangkan oleh Pusat Islam, Zakat dan pensyarah KMPP.

Acara kemuncak program ini adalah Solat Sunat Hajat dan Bacaan Yasin Perdana yang diadakan pada hari Jumaat, 11 Oktober 2019. Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, Tn.Hj.Azmi bin Harun, mewakili Pengarah KMPP turut menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pelajar yang terlibat. Air mineral dan kismis juga diedarkan kepada semua pelajar hasil sumbangan pensyarah dan staf KMPP.

....
 

Page 11 of 44

<< Start < Prev 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Next > End >>

Video Korporat KMPP

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 26 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   Home
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.