PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI
“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS”
KEPALA BATAS, 16 Jan 2020 - Amanat Tahun Baharu 2020 dari Tuan Pengarah KMPP merupakan pengisian utama sempena perhimpunan pelajar kali ini. Tn.Hj.Rozaini merumuskan dua isi penting untuk amanat beliau iaitu keazaman jangka pendek dan keazaman jangka panjang pelajar untuk tahun 2020 ini. KMPP telah diiktiraf kecemerlangannya di dalam pencapaian PSPM1 yang lalu untuk keputusan terbaik pelajar yang mendapat PNGK 4.0 dan 3.5, memebihi KPI yang telah ditetapkan oleh BMKPM. KMPP juga telah memperolehi anugerah untuk pencapaian terbaik tahap tertinggi bagi subjek Matematik Perakaunan, Kimia dan Ekonomi.
Untuk azam jangka pendek, Tuan Pengarah menyeru pelajar supaya meningkatkan kecemerlangan diri masing-masing sepanjang 1 atau 2 tahun di KMPP ini. Pelajar yang cemerlang semasa SPM seharusnya lebih cemerlang di matrikulasi. Hasil daripada kecemerlangan di matrikulasi, pelajar harus memilih bidang yang mereka hasratkan semasa di universiti nanti. Untuk jangka masa panjang, keputusan yang dibuat sewaktu di matrikulasi akan menentukan hala tuju dan masa depan pelajar kelak.
....Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.
Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |