July 2022
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 20 Februari 2020 - Kuliah Tafaqquh Fiddin anjuran Pusat Islam, KMPP telah diadakan di Surau Annur, KMPP. Kuliah yang bertajuk Innalillahi wainnailaihorijiun  ini disampaikan oleh Ustaz Afifi Don kepada para pensyarah serta staf sokongan KMPP.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 20 Feb 2020 – Satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Ruang Lobi Pentadbiran KMPP sempena pertukaran Kaunselor KMPP iaitu Puan Fazilah binti Che Din ke Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sebagai Kaunselor Pendidikan Negeri.Beliau telah berkhidmat selama hampir 9 tahun 2 bulan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. 

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 13 Feb 2020 - Hari ini KMPP telah melakar sejarah yang sungguh bermakna kerana setelah 20 tahun beroperasi,  telah berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 2 Dekad Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Majlis ini akan berlangsung mulai bulan Februari 2020 sehingga Julai 2020 bertemakan Inspirasi Kecemerlangan.

....
Read more...
 
Written by Admin Unit Pengurusan Perniagaan

KEPALA BATAS, 11 Feb 2020 -  Program Rintis Keusahawanan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah dirasmikan oleh  YB Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq ADUN Bertam. Turut hadir bersama ialah  Pengarah KMPP Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, semua ketua Jabatan, ketua unit, pensyarah dan pelajar.

YB Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq telah memberi ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau telah berkongsi  pengalaman  dan memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar KMPP  agar menjadi pelajar yang cemerlang dan berdaya saing. Beliau juga menasihati pelajar-pelajar memperlengkapkan diri dengan dengan nilai-nilai murni. Suasana majlis perasmian dimeriahkan lagi dengan  gimik perasmian dan persembahan oleh pelajar-pelajar jurusan perakaunan.

Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial KMPP ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tuan Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, ADUN Bertam atas kesudian beliau merasmikan program “ Rintis Keusahawanan KMPP”. Kehadiran beliau merupakan satu motivasi dan inspirasi kepada  pelajar-pelajar KMPP untuk memperkasakan kecemerlangan diri dan seterusnya mempertingkatkan reputasi kolej.

....
 
Written by Admin Unit Pengurusan Perniagaan

KEPALA BATAS, 5 Feb 2020 – Anjakan transformasi pendidikan telah merombak corak pentaksiran kursus seiring dengan pasaran kerja dalam Era Revolusi 4.0 yang lebih berorientasikan pengrekutan modal insan yang intelek dan berdaya saing dalam industri. Lantaran dari  ini, Program Rintis Keusahawanan anjuran Jabatan Sastera Ikhtisas dan Sains Sosial telah diketengahkan sebagai kaedah alternatif memenuhi syarat penilaian berterusan ini. Melalui program ini juga,  pelajar-pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti “Rintis Niaga”. Strategi campuran pemasaran 4P iaitu produk, perletakan harga,  promosi dan pengedaran dapat didedahkan dengan lebih berkesan. Minat dan kompetensi pelajar-pelajar terhadap kursus dapat dipertingkatkan. Pendekatan ini amat bersesuaian dengan teori Pembelajaran Pengalaman  berasaskan Model Kolb yang menekankan pengalaman konkrit  dapat memperkukuhkan pemahaman, kemahiran dan sikap seseorang.

....
 
Written by Admin Unit Pengurusan Perniagaan

KEPALA BATAS, 7 Feb 2020 – Program Innovator Muda bertemakan Inovasi Kreatif Melestari Alam Sejahtera telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pelajar – pelajar Perakaunan sesi 2019/2020 di bawah bimbingan 9 orang pensyarah Unit Pengurusan Perniagaan. Penyertaan yang terdiri daripada 15 kumpulan praktikum berjaya menghasilkan inovasi berpotensi tinggi untuk diketengahkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada juri-juri berpengalaman iaitu Puan Kazrina bt Mohamed Kassim, pensyarah Unit Bahasa Inggeris dan Puan Hartini bt Saidin, pensyarah Unit Kimia. Semoga program yang berprestij ini akan diteruskan di masa hadapan.

....
 
Written by News Team

YAN, 18 Jan 2020 - Aktiviti tahunan Program Pembinaan Pasukan Cemerlang Unit Sains Komputer KMPP kali ini telah membawa seramai 17 orang pensyarah Unit Sains Komputer ke Pulau Song Song, Yan, Kedah. Semua ahli telah menaiki bot di Jeti perkampungan Sungai Udang pada jam 10 pagi. Program sehari suntuk itu telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menyelesaikan masalah secara berpasukan semasa acara sukan pantai dan acara 'snorkeling' di kawasan persisiran pulau. Program seperti ini sangat bermakna kepada semua ahli unit yang terlibat yang sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan kecemerlangan pelajar secara amnya dan unit Sains Komputer secara khususnya. 

 

....
 

Page 8 of 44

<< Start < Prev 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Next > End >>

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 18 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   Home
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.