July 2022
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

KEPALA BATAS, 13 JULAI 2020-Pasukan S.O.P  Jabatan Sains KMPP telah mempersiapkan prasarana dan persekitaran baharu bersesuaian dengan kehadiran para pelajar ke KMPP bagi sesi 2020/21. Kumpulan seramai 13 ahli yang diketuai Ketua Jabatan Sains, Tn Hj Noorhisam Bin Samsuddin dan diselaraskan oleh En Nassry Asmady Bin Abu Bakar telah berhasil menyediakan cecair nyahkuman, pensanitasi tangan, pelan lantai, penunjuk arah, pelekat2 dan bunting berkaitan  bagi menghadapi normal baharu. Aktiviti ini telah dirancang bermula pada  17 Jun 2020 dan akan terus akan digiat dan dipantau dari semasa ke semasa bagi terus mengekang penularan Covid-19.

 

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 6 Julai 2020  – Bengkel Google Classroom Unit Ekonomi KMPP yang dikendalikan oleh Jurulatih GC Encik Mohd Azri Bin Abdul Jalil, telah berlangsung pada 6 Julai 2020  (Isnin ) pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang di bilik komputer 3 KMPP.  Program ini dianjurkan oleh Unit Ekonomi KMPP dan melibatkan semua pensyarah ekonomi.  Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pensyarah-pensyarah ekonomi dalam penggunaan Google Classroom untuk PdPc.

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 6 JULAI 2020- Growmind Blastersadalah nama kumpulan yang ditubuhkan pada  10 Mac 2020. Idea kepada penubuhan kumpulan ini yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah unit kimia,fizik dan biologi telah diilhamkan oleh Ketua Jabatan Sains, En. Noorhisam bin Samsuddin dan diketuai oleh En. Nassry Asmady bin Abu Bakar serta dianggotai oleh 11 orang pensyarah Jabatan Sains. Kumpulan ini telah komited dalam menjalankan beberapa siri ujikaji dalam menghasilkan  hand sanitizer yang berkualiti dan terbukti keberkesanannya. Rentetan dari usaha ini ialah kejayaan berkolaborasi dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berinovasikan serai yang diberikan nama  'Lemon grass hand sanitizer'. Projek kolaborasi KMPP  bersama Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) turut dijayakan oleh Alumni USM dan Solid Chemistry Enterprise bermula 15 April 2020.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 3 JULAI 2020- Pensyarah dan kakitangan sokongan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menjalankan persiapan rapi untuk menyambut kehadiran pelajar baharu sesi 2020/2021. Kesemua tempat seperti Dewan kuliah, bilik tutorial, makmal sains, komplek kediaman pelajar, kafetaria dan telah di label dengan penanda tunjuk arah, susun atur yang bersesuaian  demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19. Persiapan dari segi prasaran mahupun kaedah pengajaran dan pembelajaran giat dilakukan oleh para pensyarah demi memastikan anak-anak pelajar dapat belajar di KMPP dengan selesa.

 

 

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 12 Mac 2020-  perhimpunan bersama pelajar yang memfokuskan kepada penyampaian hadiah dan sijil kepada beberapa aktiviti yang di sertai pelajar disamping amanat terakhir pengarah sebelum pelajar menduduki peperiksaan akhir semester dua.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 5 MAC 2020- Perhimpunan Bulanan Pensyarah dan Staf KMPP diteruskan lagi bagi bulan Mac 2020 di Dewan Kuliah 1. Pada Perhimpunan ini  para pensyarah dan staf diberikan taklimat mengenai Aktiviti Kesarjanaan oleh Dr. Azman Mohd Noh pensyarah Biologi KMPP merangkap Penyelaras RND kolej.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 6 MAC 2020- Program Motivasi “Mentor, Tunjuk Ajarku Sifoo” bersama Alumni anjuran Unit Sains Komputer menampilkan tiga orang bekas pelajar KMPP iaitu Ahmad Syukran bin Hussain, Arr Rahman bin Mohamed Zakaria dan Nasrul Naim bin Nasir.

....
Read more...
 

Page 7 of 44

<< Start < Prev 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Next > End >>

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 17 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   Home
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.