July 2022
M T W T F S S
27 28 29 30 1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Mutiara Kata

"It's no use of going back to yesterday, because I was a different person then." ~ Lewis Caroll

PENGUMUMAN UNTUK BEKAS PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

“TUNTUTAN BAYARAN BALIK GANTI RUGI YANG TELAH DIBAYAR KERANA MENINGGALKAN KURSUS SEBELUM SEMPURNANYA KURSUS” 

Klik untuk maklumat lanjut

 

Written by News Team

APC2020

KEPALA BATAS, 14 OGOS 2020- Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kolej Matrikulasi Pulau Pinang  bagi tahun 2019 diadakan di Dewan AL- Farabi, KMPP  pada 14 Ogos 2020,  jam 2.30 petang.  Seramai 26 orang pensyarah dan kakitangan sokongan diberikan sijil APC. Majlis penyampaian sijil tersebut disempurnakan oleh Tuan Pengarah KMPP, Tuan Haji Rozaini bin Ahmad. Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan seluruh warga KMPP. Semoga ianya memberikan suntikan untuk setiap warga KMPP untuk  terus bekerja dengan cemerlang

 

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 17 JULAI 2020 – Taklimat penggunaan Portal  Digital KPM atau ringkasnya DELIMA (Digital Education Learning Initiative Malaysia)     diadakan di Bilik Seminar KMPP pada khamis, 16 Julai 2020. Taklimat tersebut disampaikan  oleh En. Zulfikri Ramlan dan Puan khairunnisa Roslan, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Teknologi Maklumat Bahagian Matrikulasi kementerian Pendidikan Malaysia.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 22 JULAI 2020- Mini Konvensyen KIK KMPP 2020 telah berlangsung pada 21 Julai 2020 bertempat di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Sebanyak 12 kumpulan telah bertanding dengan mempertaruhkan pelbagai jenis inovasi dalam konvensyen yang bertemakan “ Melestari Inovasi dan Kreativiti dalam Menuju Transformasi”. Konvensyen ini diadakan untuk mengiktiraf hasil inovasi yang telah dihasilkan dan didokumentasikan mengikut format KIK Horizon Baharu.

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 18 JULAI 2020- Mesyuarat  Semakan dan Pemilihan Kertas Kajian Webinar PLC (Profesional Learning Community) Program Matrikulasi KPM Peringkat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang telah diadakan pada 15 Julai 2020 di Bilik Seminar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang . PLC pada kali ini memegang tema “ Memacu Pengajaran dan Pembelajaran Ke Arah Ekosistem Digital”.Mesyuarat ini diadakan bagi menyemak dan memilih kertas kajian PLC untuk Webinar PLC Program Matrikulasi KPM yang akan diadakan pada 26 September hingga 27 September 2020. 

....
Read more...
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 17 JULAI 2020- Sesi penilaian Program Matriculation Digital Wave (MDW) fasa pertama bahagian Matrikulasi telah berlangsung pada 16 Julai 2020, bertempat di Bilik Tayangan Pusat Sumber KMPP. 

....
Read more...
 
Written by News Team

msteams

KEPALA BATAS, 14 Julai 2020  – Persiapan digital learning menggunakan Microsoft Teams dijalankan secara serentak di semua unit akademik di KMPP pada 14 Julai, Isnin.  Bengkel satu hari itu dilaksanakan secara kumpulan mengikut unit dan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri dari wakil unit itu sendiri yang sebelumnya telah diberikan pendedahan awal mengenai Microsoft Teams. Pelaksanaan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para pensyarah dalam penggunaan aplikasi MS Teams untuk PdPc.

 

....
 
Written by News Team

KEPALA BATAS, 11 Julai 2020  – Setelah 20 tahun menanti, kini kakitangan KMPP mengukir senyuman dengan terbinanya dewan makan khusus untuk mereka. Dewan makan ini dibuka dengan rasminya oleh Tn. Hj. Rozaini bin Ahmad, Pengarah KMPP pada petang Jumaat, 10 Julai 2020. Dewan makan ini berjaya direalisasikan hasil kerjasama yang erat antara Pengurusan KMPP dengan Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan KMPP (KEBS) dan akan beroperasi sepenuhnya pada sesi akan datang.

....
Read more...
 

Page 6 of 44

<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Jom Pakat Mai Matrik Penang

Carian

We have 26 guests and no members online

Pautan Pantas

You are here:   Home
| + -

 

 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pelajaran Malaysia
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.

Tel: 604-5756090 / 5759871 / 5750836 / 5750758
Fax: 604-5757389 / 5755167
Web: http://www.kmpp.matrik.edu.my
E-mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Laman Web Rasmi
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)
| Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.